BILA disebut garam pasti akan terfikir masin dan tidak elok untuk
kesihatan jika ambil berlebihan. Sedar atau pun tidak, sebenarnya garam
ada kebaikannya. Oleh sebab yang demikian jika kita menghidapi ciri
birit atau tekak dijangkitan virus, jika tiada bekalan ubat doktor pasti
menyuruh kita berkumur dengan air garam atau minum sedikit air garam.
Dalam buku perubatan Islam ada memberitahu kepada kita khasiat garam serta beberapa makanan yang sebenarnya ada khasiatnya.
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas
makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan
keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari
menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji
menggunakan garam Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh
negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .
Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti
roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air
tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan
garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar: ” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat
perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi
iaitu besi, api ,air dan garam.” Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda: ”Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam.”
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk
keluarkannya dari badan atau merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan
air garam.
Antaranya:
1) Penyakit Gout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak
dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2) Kalau tinggal di bandar, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai
kekuningan kemudian demah atau tuam di bahagian yang bengkak atau sakit.
Garam itu dibungkus dengan kain.
3) Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh
sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah atau tuam pada
tapak kaki.
4) Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam
atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5) Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti
bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
6) Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
1) Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan
Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal
dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2) Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu
masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air
garam juga.
3) Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
4) Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
5) Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa atau angin. Hal ini
berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia
yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat
baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
No comments:
Post a Comment